Mulakan Perjalanan Perniagaan F&B Anda Bersama Kedai Kopi Kebun
Ingin menceburi bidang perniagaan tetapi tidak pasti dari mana hendak bermula? Atau anda sudah mengendalikan sebuah premis F&B dan mahukan konsep yang lebih segar? Pakej pelesenan Kedai Kopi Kebun kami direka khas untuk anda.
Melalui pelesenan kami, anda akan mendapat akses penuh kepada identiti jenama Kedai Kopi Kebun, termasuk tema, suasana dan konsep menu. Sama ada anda baru ingin melangkah ke dunia perniagaan atau merupakan pemilik kafe sedia ada yang ingin melakukan penjenamaan semula, inilah peluang anda untuk memiliki dan mengendalikan Kedai Kopi Kebun anda sendiri.
Peluang Memulakan Perniagaan Melalui Pelesenan Perniagaan
(FAQ)
S: Apakah nama jenama yang dilesenkan?
J: Nama jenama yang dilesenkan ialah Kedai Kopi Kebun.
S: Apakah yang termasuk dalam pakej pelesenan?
J: Pakej ini merangkumi penggunaan nama jenama, tema, suasana dan konsep menu Kedai Kopi Kebun.
S: Adakah terdapat syarat atau sekatan tertentu berkaitan saiz kafe?
J: Tiada sekatan khusus dari segi saiz. Saiz premis boleh bermula daripada konsep bersaiz kiosk atau gerai kecil sehingga ke ruang kafe yang lebih besar, bergantung kepada bajet dan kemampuan pemegang lesen.
S: Berapakah yuran pelesenan?
J: Yuran pelesenan bulanan adalah antara RM500 hingga RM2,000, bergantung kepada saiz kafe.
S: Adakah terdapat bayaran tambahan?
J: Ya. Terdapat bayaran konsultasi dan bimbingan sekali sahaja antara RM5,000 hingga RM25,000, bergantung kepada saiz kafe dan skop bimbingan yang diperlukan.
S: Bolehkah pemilik kafe sedia ada menukar konsep kafe mereka kepada Kedai Kopi Kebun?
J: Sudah tentu! Kafe sedia ada boleh ditukar kepada konsep Kedai Kopi Kebun dengan pelarasan minimum bagi memastikan ia selaras dengan konsep dan identiti jenama kami. Pendekatan ini juga dapat membantu mengurangkan kos pemegang lesen. Skop dan tahap perubahan bergantung kepada keadaan serta susun atur premis sedia ada.
S: Apakah yang diterima oleh pemegang lesen dalam pakej pelesenan?
J: Pemegang lesen akan menerima:
Konsep kafe berinspirasikan kopitiam dan taman
SOP (Prosedur Operasi Standard) yang lengkap
Senarai vendor
Menu dan bahan penjenamaan
Latihan serta sokongan operasi
S: Adakah pemberi lesen akan terlibat dalam operasi harian?
J: Tidak. Operasi harian seperti pengurusan kakitangan, sewaan premis, pembelian serta pengurusan untung rugi adalah sepenuhnya di bawah tanggungjawab pemegang lesen. Pemegang lesen menguruskan perniagaan secara bebas dengan menggunakan jenama Kedai Kopi Kebun yang dilesenkan.
S: Apakah peranan pemberi lesen?
J: Kami bertanggungjawab memastikan konsistensi dan identiti jenama sentiasa dikekalkan serta memastikan pemegang lesen mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan dalam perjanjian, termasuk penggunaan identiti jenama dan menu.
S: Bolehkah pemegang lesen menambah menu mereka sendiri?
J: Ya. Pemegang lesen boleh menambah menu mereka sendiri dengan memaklumkan terlebih dahulu kepada pemberi lesen.
S: Apakah yang berlaku sekiranya pemegang lesen menamatkan perjanjian lebih awal?
J: Penamatan perjanjian sebelum tamat tempoh akan dikenakan penalti bersamaan dengan nilai yuran bagi baki tempoh kontrak. Bagi tanaman pula, walaupun tanaman tersebut merupakan milik pemegang lesen, pemberi lesen berhak menuntut semula 50% daripada jumlah keseluruhan tanaman, sebagaimana yang dinyatakan dalam perjanjian.
1. Business Registration (Lesen Perniagaan SSM)
- SSM (Sole Proprietorship / Partnership / Enterprise)
2. Business Bank Account (Akaun Bank)
3. Local Authority Licensing (Lesen perniagaan PBT)
- Premise license (Majlis Perbandaran/Daerah)
- Signboard license
- Health department approvals (KKM-FOSIM)
4. Fire Department (BOMBA) Compliance
- Basic fire safety checklist & application
5. Food Handling & Typhoid Certification
- Attended for food handler course (Kursus Pengendali Makanan)
- Typhoid vaccination information (for café crew) - Vaksin
6. Environmental Health Department
- Waste disposal compliance
- Grease trap requirements
7. Renovation Team (if applicable)
- Utilities - TNB, Water-Provider, Internet-Provider
- Contractors
8. Plan & Budget for cafe
- Cafe’s size
- Additional preferred menu
- Man power
- Target sales
NOTE:
Bagi pengusaha F&B baru, anda perlu memenuhi keperluan asas yang ditetapkan serta menyediakan bajet yang mencukupi sebelum menyertai pakej Pelesenan Perniagaan KKK.
Pemegang lesen bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perkara-perkara yang dinyatakan di atas.
Harap maklum bahawa ini adalah perniagaan milik anda sendiri, manakala lesen KKK diberikan khusus untuk tujuan operasi tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.
---------------------------------------------------------------
Additional Info:
Licensing vs Franchising Malaysia: What's the different? Click link below:
https://www.shco.my/licensing-vs-franchising-malaysia/ (Credit to Sabrina Hashim & Co)